C L O U D ;
ABOUT ENTRY LINKS TWITER FACEBOOK BLOGSKIN
Islam dalam konsep Tasawwur Islam
Aug 27, 2013 • 8:18 AM • 0 comments
Assalamualaikum .. Baiklah , tujuan saya menulis pada blog yang sudah lama saya tidak buka adalah untuk berkongsi ilmu keagamaan .. Mungkin anda bukan peminat keagamaan . Tapi , ingin saya tekankan bahawa agama yang mulia ya ini ISLAM adalah sebuah agama yang mulia .. Syukur alhamdulillah Allah s.w.t telah membuka pintu hati saya untuk mencintai agama Islam sebelum maut menjemputku . Islam adalah agama yang mudah , senang dan tidak memeningkan secara ringkasnya mudah . Tetapi janganlah anda menyangkakan Islam mudah boleh main redah je . Sorry , panduan manusia pada akhir zaman ialah Al-quran dan Hadis ... dalam ilmu tasawwur Islam ada beberapa cabang dalam agama Islam . Dari konsep ketuhanan ada dua Rububiyyah yang bermaksud keyakinan (iktikad) dalam hati secara mutlak bahawa Allah S.W.T yang mentadbirkan dan menguruskan semua benda dan perkara di dunia ini dan tiada pentadbir lain , melainkan Allah S.W.T yang maha Berkuasa dan Esa , berbeza pula dengan Uluhiyah yang bermaksud Keyakinan (iktikad) dalam hati secara mutlak bahawa Allah S.W.T yang Maha Esa yang layak disembah ,ditaati dan dipatuhi secara mutlak . Baiklah , seterusnya Rabbaniyah yang lebih singkat berkonsepkan ketuhanan , iaitu segala hukum , konsep , prinsip , nilai dan peraturan yang terkandung dalam Islam adalah bersumberkan wahyu Allah S.W.T  . Selain itu , Syumuliyyah pula bermaksud lengkap , iaitu agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W lengkap dan sempurna serta meliputi kehidupan di dunia dan akhirat . Waqi'iyyah pula dari segi bahasa bermaksud realiti . Apabila dihubungkan dengan Islam , bermaksud praktikal , mampu diamalkan oleh semua golongan manusia . Alamiyyah lebih senang difahami serwajagat , iaitu Islam ialah agama yang sesuai bagi semua manusia tanpa mengira bangsa , tempat dan zaman ... Murunah bermaksud luwes atau anjal , iaitu boleh berubah mengikut kesesuaian , namun masih tetap atas prinsip asasnya. Yang terakhir Thabat membawa maksud tetap dan teguh serta tidak berubah .. Mungkin anda akan pening , mula-mula memang pening tapi bila kita mendalami senang laaa .


PASTFUTURE
THE OWNER WHO SUPER CUTE~
Hey yow .. opss Assalamualaikum for muslim, so well hmm welcome . sorry but I'm kinda shy gurl ~ sometimes not but whatever . I just wanna say HAI then smile :)

GIVE ME YOUR WORDS;


" Change with yours "

OTHERS;


>> dapat blog baru
date : NOW
at:10 am


>> beruk keluar tandas
date : 12/12/12
at: 12pm


>> cinderella arrived
date: 1/1/2190
at: 13.12pm

BLOG ARCHIVE;

  • Warkah buat dirimu , wahai sahabat :)
  • Cinta :)
  • ayat-ayat yg romantis...meyh...♥ (part ONE)