C L O U D ;
ABOUT ENTRY LINKS TWITER FACEBOOK BLOGSKIN
Membongkar rahsia Jin , Syaitan & Iblis dalam Al-Quran (part 1)
Sep 7, 2013 • 9:02 PM • 0 comments


بسم الله الرحمن الرحيم

"Dengan nama Tuhan, Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang"



Assalamualaikum . Baiklah Fathia nak pinjam sikit ilmu Abdullah Bukhari Abdul Rahim Al-Hafiz penulis buku 'Ayat-ayat syaitan : Membongkar rahsia Jin , Syaitan & Iblis .. 

Maksud Jin , Iblis dan Syaitan (muka surat : 15 & 16) :

Jin adalah sejenis makhluk yang mempunyai roh , berakal , berkehendak dan bertanggungjawabkan dengan agama , mendapat ganjaran pahala dan syurga , serta menerima balasan dosa dan neraka seperti manusia. Fizikal mereka berbeza daripada fizikal manusia . Tabiat dan gambaran mereka tidak dapat dilihat. Namun mereka mempunyai keupayaan menjelma dalam pelbagai bentuk dan rupa. Sayyid Sabiq, al- 'Aqa'id al- Islamiyah, Dar al-Kutub al-'Araby , Bayrut , Lubnan, tt, muka surat 133.

Iblis adalah perkataan bahasa asing, iaitu bukan perkataan Arab. Terdapat juga pendapat lain menyatakan , ia adalah perkataan Arab, pecahan daripada al-iblas yang bermaksud putus asa daripada rahmat Allah ataupun jauh daripada kebaikan . Iblis adalahh bapa kepada syaitan , iaitu golongan jin yang menderhakai Allah .

Syaitan berasal daripada perkataan شطن yang bermaksud jauh. Syaitan biasanya digunakan bagi merujuk kepada sebarang makhluk jahat , sama ada ia berbentuk jin , manusia ataupun haiwan . Ia juga bermaksud jauhnya syaitan daripada kebaikan kerana sering mendorong manusia melakukukan kejahatan.

 JIN :
الْجِنُّ عَلَى ثَلاثَةِ أَصْنَافٍ: صِنْفٌ لَهُمْ أَجْنِحَةٌ يَطِيرُونَ فِي الْهَوَاءِ، وَصِنْفٌ حَيَّاتٌ، وَصِنْفٌ يَحِلُّونَ وَيَظْعَنُونَ.
 Jin terdiri dari tiga kelompok; satu kelompok memiliki sayap dan mereka terbang di udara, satu kelompok berbentuk ular dan satu kelompok tidak menetap dan berpindah-pindah.”
Surah al-an'am : ayat 130
"Wahai golongan jin dan manusia, apakah belum datang kepadamu rasul-rasul dan golongan mu sendiri, yang menyampaikan kepadamu tentang ayat-ayat Ku dan membei peringatan kepadamu terhadap pertemuanmu dengan hari ini? Mereka berkata : Kami menjadi saksi atas diri kami sendiri, kehidupan dunia telah menipu mereka, dan mereka menjadi saksi atas diri mereka sendiri, bahawa mereka adalah orang-orangyang kafir"
Di antara jin ada yang mendengar al-Quran yang dibaca oleh Nabi Muhammad s.a.w. kemudian mereka menyampaikan apa yang didengarkan kepada kaumnya. Sebahagian kamunya itu ada yang percaya dengan apa yang disampaikan oleh kawannya itu. Sedangkan sebahagian yang lain tidak mempercayainya. Mereka yang percaya akan memperoleh pahala, sedangkan yang tidak percaya dan menginkarinya akan diseksa di neraka kelak.
Rujukan :

Surah al-a'raf : ayat 179
"Dan sesungguhnya, telah kami ciptakan untuk isi neraka jahannam kebanyak dari jin dan manusia (mereka yang kafir)"

JIN DAN UFO (muka surat :  31 ) :

Satu misteri yang masih menjadi tanda tanya manusia sehingga hari ini adalah kewujudan piring terbang atau nama yang sering diberikan kepadanya adalah UFO , iaitu Unidentified Flying Object.

                 Dr. Umar Sulaiman al-Asyqar dalam bukunya 'Alam al-Jinn Wa al-Syayatin mengutarakan teori bahawa misteri piring terbang yang kadang kala dilihat oleh manusia adalah jin kerana al-Quran sejak dahulu lagi menyebut jin mampu terbang ke langit untuk mencuri dengar berita langit . ( Dr.Umar Sulaiman al-Asyqar. 'Alam al-Jinn Wa Syayatin)

Tiga makhluk Allah yang Utama :


  • JIN
    • Dicipta daripada api yang panas.
    • Jin pertama bergelar Jan atau Iblis. Walaupun berbangsa Jin , Iblis ditempatkan dilangit kerana keistimewaannya.
    • Terdiri daripada 3 golongan , iaitu bersayap dan terbang di udara , berbentuk anjing atau ular dan mendiami sesuatu tempat dan berpindah randah.
  • Malaikat
    • Dicipta daripada cahaya .
    • Tidak berdosa.
    • sentiasa taat kepada Allah s.w.t
  • Manusia
    • Dicipta daripada tanah.
    • Adam adalah manusia sempurna pertama.

Itu sahaja yang ingin Fathia kupaskan daripada karya Abdullah Bukhari Abdul Rahim Al-Hafiz . Assalamualaikum . Syukran Jazilan :)





PASTFUTURE
THE OWNER WHO SUPER CUTE~
Hey yow .. opss Assalamualaikum for muslim, so well hmm welcome . sorry but I'm kinda shy gurl ~ sometimes not but whatever . I just wanna say HAI then smile :)

GIVE ME YOUR WORDS;


" Change with yours "

OTHERS;


>> dapat blog baru
date : NOW
at:10 am


>> beruk keluar tandas
date : 12/12/12
at: 12pm


>> cinderella arrived
date: 1/1/2190
at: 13.12pm

BLOG ARCHIVE;

  • Memories ..
  • Naluri
  • Zikrullah
  • Islam dalam konsep Tasawwur Islam
  • Warkah buat dirimu , wahai sahabat :)
  • Cinta :)
  • ayat-ayat yg romantis...meyh...♥ (part ONE)