C L O U D ;
ABOUT ENTRY LINKS TWITER FACEBOOK BLOGSKIN
Wanita Zahran (Bahagian satu)
Mar 11, 2014 • 3:37 AM • 0 comments
Hidupku sunyi sepi . Kau pergi meninggalkan aku sendirian . Aku mencuba untuk tersenyum aku cuba ketawa namun kehilangan ia membuatkan aku jatuh tersungkur . Mulutku berdarah , lututku hilang kawalan , akalku tidak berfungsi , aku juga tidak dapat merasa kesakitan tatkala aku cuba mencoret di lenganku namun hampa , aku bagaikan patung cendana menanti masuk ke lubang gelap . Dimana aku pasti bersendirian , keseorangan , kedinginan , kesempitan dan aku juga mungkin dihancurkan si pembalas durjana manusia yang diperintahkan yang Esa untuk tugasnya . Mengigil aku ketakutan . Satu masa dulu , sang pendidik pernah mengajar aku hal akhirat . Bahawa hari pembalasan itu ada ! Bukan dia ingin menakutkan aku namun ia tertulis lengkap di sebuah kitab yang benar turunnya pada seorang mahluk yang dipandang tinggi seantero dunia . Namanya gah di setiap pelusuk dunia . Namanya masih terngiang-ngiang walaupun jasadnya telah hancur luluh di makan zaman . Namun , semua manusia yang bergelar dan beragama Islam pasti mengenalnya kerna dia hanya satu-satunya ciptaan Dia yang sempurna .. Paling sempurna .


Ku pejamkan mata menahan sakit ini . Sekilas sekelip sepantas masa kini telah berdetik laju tanpa diminta di ingin laju bergerak . Setiap detik ia tidak pernah terhenti . Jam tanganku berdetik perlahan membuatkan peluh dingin menitis tanpa aku pinta ia hadir . Ku dengar bunyi pintu terbuka , aku cuba membuka mata namun berat sekali bak dijahit rapat . Air titisan mutiara jatuh ke bumi tanpa ku pinta . "Menangislah kau wahai lelaki durjana ! Takkan aku berhenti menyiksa dirimu sehingga ke akhir nafasku ! Kau ! Kau harus membayar segala hutang yang telah aku taburkan ! Jika tidak kerana kejahilan kau ! Anak aku masih hidup ! Pulangkan anak ! Kau takkan selamat ! Wahai lelaki bernafsu buas kalah sang raja rimba !" Suara garau yang amat aku kenali , ya benar dia adalah ayah wanita yang aku cintakan dirinya sepenuh jiwa dan raga aku . Dia wanita yang membuat jiwa lelaki aku bergelora kencang . Dia membuatkan aku terngigau-ngigau tatkala malam menyingsing . Jika diri kau hilang maka aku berubah menjadi lelaki psiko . Angau aku usah dibicara , pabila aku duduk sendirian melayan jiwa aku yang kosong .. aku mengisi masa itu dengan tebayang wajahnya .. terkenang saat pertama kali aku menatap wajahnya . 

"Assalamualaikum , saya nak tanya di mana kelas 5 SMT ?" Suara selembut  bayu menerpa gegendang telingaku berdesing membuatkan automatik memandang ke arahnya . "Kau ni budak baru ae ? Welcome ." aku membalas dengan gaya penuh macho . Aku berbicara ala-ala omputih kononnya hebat dengan bahasa yang kini menjadi bahasa antarabangsa yang aku sendiri terasa pelik dengan dialeknya malah penggunaan bahasa yang memeningkan kepala aku yang kurang berfungsi dengan baik . Dia tersenyum namun matanya tidak memandang ke anak mata aku mungkin malu . Biasalah , wanita melayu terakhir . "Tadi kau tanya mana kelas poyo sedunia kan ? senang je . Meh , aku bagitahu peta jalan ae ?" nada aku seakan - akan mengejek kerana sungguh aku membenci budak sastera yang mungkin bagi para pengajar pelajar terbaik . 'Cis ! macam hamprek la aku tengok muka mereka semua'. "Awak ? Hello ?" lambaikan tangannya yang putih mulus dia mengejutkan aku dari terus mengutuk kelas yang paling aku benci sedunia . 'potong stim la dia ni.' " Kau terus je ni , nanti kau jumpa tangga yang dekat dengan tandas . Kau naik tangga tu sampai tingkat yang kau rasa last-last , kalau kau jumpa . Kau belok kiri kan , kau terus don't belok-belok . Pasti kau jumpa kelas tu , sebab tu kelas terakhir kat blok tu . Enjoy your days" dengan tepat aku berikan arahan bersama gaya ala-ala pak cik polis yang menjaga trafik jalanan, malas ingin mengulangi dua tiga kali . Barangkali , aku benci akan kelas yang bernama sastera . "Terima kasih ,encik" dia berterima kasih namun saat dia ingin memanggil namaku matanya dikecilkan mungkin untuk melihat nama yang aku pakai . "Panggil aku Zikri je . Kau ni nama siapa ?" dia mengangguk tanda faham . " Saya Zahran ." dia bersuara lemah gemalai membuatkan aku mula tertarik dengannya . " Pelik je nama kau . Maksudnya apa ?"aku selamba menanyakan dia soalan agak terselah kebodohan seorang lelaki "Bunga, Keindahan, berseri, cantik, itu semua ibu saya yang cakap . Kadang-kadang saya mesti tergelak dengan nama pelik saya " kami ketawa bersama . "saya minta diri dulu ye , mungkin cikgu yang berada di dalam kelas pasti sedang menunggu saya . Assalamualaikum."lantas dia meminta diri , tanpa aku sedar segaris senyuman terukir di wajah aku .

Maafkan aku Zahran , aku sepatutnya menjaga kau . Maafkan aku , aku tidak sepatunya menjebak kau dalam urusan aku . Sepatutnya kau tidak perlu hadir . Aku pasti akan menghalang mereka sialan menamatkan riwayat hidupmu duhai kekasih hati . Teresak-esak aku sendirian melayan perasaan . Perasaan sakit , sedih , perit dan aku akan pastikan mereka jatuh terjelepok ke bumi . Pasti akan ku tegakkan segalanya ! 

--------------------------------------BAHAGIAN SATU-------------------------------------------------


PASTFUTURE
THE OWNER WHO SUPER CUTE~
Hey yow .. opss Assalamualaikum for muslim, so well hmm welcome . sorry but I'm kinda shy gurl ~ sometimes not but whatever . I just wanna say HAI then smile :)

GIVE ME YOUR WORDS;


" Change with yours "

OTHERS;


>> dapat blog baru
date : NOW
at:10 am


>> beruk keluar tandas
date : 12/12/12
at: 12pm


>> cinderella arrived
date: 1/1/2190
at: 13.12pm

BLOG ARCHIVE;

  • Realiti Kehidupan karya Fathia Jamhari...
  • Disebalik sebuah senyuman :)
  • Membongkar rahsia Jin , Syaitan & Iblis dalam Al-Q...
  • Memories ..
  • Naluri
  • Zikrullah
  • Islam dalam konsep Tasawwur Islam
  • Warkah buat dirimu , wahai sahabat :)
  • Cinta :)
  • ayat-ayat yg romantis...meyh...♥ (part ONE)